Jin-jin yang membuat ‘Ketukan Misteri’ di Kg.
Batu 37, Kg. Batu 38 dan Kg. Tebuk Tupai di Sabak Bernam telah ditangkap pada
20 November 2020. Maka, aman semula kampung-kampung ini. Tiada lagi ketukan di kampung-kampung
ini.
Kemudian pada 23 November ada seorang hamba Allah
menghantar mesej melalui wasap, Ia beritahu saya bahawa ada berlaku lagi
ketukan misteri itu, tapi bukan dikampung sebelum ini. Ianya berlaku di kampung
lain 7 km dari kampung sebelum ini.
Ianya berlaku di Sungai Air Tawar pada 23 November malamnya dan juga berlaku dikawasan
Tanjung Karang.
Pada 24 November pagi keluar berita pula berlaku lagi ketukan misteri ini dikampung Kuantan, Kuala Selangor.
Saya tidak rasa pelik, saya yakin
memang ini angkara jin lain. Sebab saya sudah periksa yang jin-jin yang
menyebabkan ketukan misteri sebelum ini masih berada dalam ‘Penjara Khas’ saya,
tidak terlepas pun. Maka ini membuktikan bahawa ketukan misteri yang terbaru
ini adalah angkara jin-jin lain.
Maka, pada 24 November sebelah
malam, saya dan rakan seperti biasa menjalankan operasi menangkap jin-jin itu.
Sudah 2 hari kami memantau jin-jin baru ini. Cara kami, hanya daripada jauh
sahaja kami menangkap jin-jin itu. Alhamdulillah, ilmu Allah sangat luas.
Setelah lama memantau dan tiba masa yg sesuai, kami terus menangkap
ketua jin tu dahulu. Setelah itu barulah mudah menangkap geng-gengnya yang
lain. Berbagai-bagai rupa jin-jin itu. Ada yang menyamar bentuk Pontianak, ada
yg kepala sahaja, ada yang bentuk seperti khinzir, ada yang bentuk seperti
kambing badannya berleher panjang tapi kepala unta, ada yang bentuk pocong dan
pelbagai bentuk pelik-pelik dan yang paling banyak ialah rupa seperti ketuanya.
Setelah tangkap kesemua jin-jin
itu, macam biasa kami ikat dan belasah cukup-cukup terutama ketua jin itu. Apabila
ketuanya sudah terlalu lemah, barulah kami
soal siasat ketua jin itu. Berikut ialah latarbelakang ketua jin itu :
1) Rupa ketua jin : berpakaian
labuh gelap dan tiada wajah
2) Ditgkp dimana : berdekatan sawah padi
3) Agama ketua : tiada
4) Umur ketua : 18 juta tahun
5) Jumlah gengnya : 29 juta ekor
6) Jin2 ni dtg dari mana: dari
kawasan jauh
Dialog dengan
Ketua Jin ( Kj )
1) Saya : Kau dan geng-geng kau ke yang buat ketuk-ketuk
dimerata kampung tu ?
Kj : Ye
2) Saya : Masa aku tangkap jin-jin yang buat ketuk-ketuk
sebelum ni, kau dah ada disini ?
Kj : belum
lagi
3) Saya : Bila kau semua datang ?
Kj : Lps kau tangkap jin-jin haritu, baru la aku datang.
4) Saya :
Yang orang diganggu nampak pucong...pakaian
putih...semua
tu geng-geng kau ke ?
Kj : Ye.. semua tu geng aku.
5) Saya : Masa
jin ditangkap hari itu, kau nampak ke dari jauh ?
Kj : Kami tak melihat tapi kami sentiasa dengar ada yang
menceritakan keadaan yang berlaku. Ketika itu kami
diarah untuk menjauhi lebih jauh dari kawasan itu.
6) Saya : Siapa yang suruh kau datang ke sini ?
Kj :
ketua kami
7) Saya : Siapa
ketua kau ?
Kj :
Ketua aku ialah yang ditakuti oleh semua orang.
8) Saya :
Siapa…..cakap ?
Kj :
Dajjal
9) Saya :
Kenapa kau tak ketuk semua rumah ?
Kj :
Rumah tertentu je..
10) Saya : Maksudnya, kau pilih rumah tertentu je untuk
ganggu ketuk tu ?
Kj : Ye
11) Saya : Kau pilih bagaimana ? Berdasarkan apa ?
Kj : Mereka yang hatinya lemah .
12) Saya : Ada penduduk disitu sangat marah pada kau dan
mencabar dan mencari kau . Kenapa kau
tak muncul je depan mereka ?
Kj : Tak perlu.... cara mereka itu dah menunjukkan
ketewasan
mereka.
13) Saya : Tewas dari segi apa ?
Kj : Manusia yg bertakwa kepada tuhan, tidak akan
seperti itu.Orang bertakwa akan Tawakal kepada
tuhannya, sentiasa bersabar dan minta
pertolongan-Nya.
14) Saya : Kau
tahu tak yang malam ni kau akan ditangkap ?
Kj : Kami tak tahu, cuma kami berasa ada kelainan pada
malam ini. Ada kesukaran dan seperti ada halangan
kepada kami.
15) Saya : Kesukaran bagaimana ?
Kj : kami tak berasa selesa pada apa yang kami
lakukan.
16) Saya : Kau
ketuk guna apa ?
Kj : mudah
je…kami niat je trus jadi ketuk.
17) Saya : Ada
orang panggil jin masuk ke badan seseorang dan
kemudian berdialog dengan jin tu melalui suara
tuan punya badan itu. Kau ke yang dipanggil tu ?
Kj :
bukan…tu salah satu geng aku.
18) Saya : Jin dalam badan orang tu kata dia Saka dan
sedang lapar. Betul ke ?
Kj : manusia memang bodoh…mudah sangat percaya
yang dia tak nampak tu.
19) Saya : Lepas tu orang tu suruh jin tu pergi dan berjanji
tidak ganggu orang kampung lagi. Betul ke geng
kau tu pergi dan tak kacau lagi ?
Kj : kan aku dah cakap manusia ni bodoh…mudah percaya .
Geng aku tak pergi pun, dia duduk sebelah orang tu.
Bukannya mereka nampak geng aku tu.
Setelah berdialog, barulah ketua jin dan semua gengnya disumbat ke dalam PENJARA KHAS. InsyaaAllah, mereka takkan terlepas kerana sentiasa dipantau.
Alhamdulillah ! Allah
Akbar !
Semua jin yang buat ketuk-ketuk tu telah ditangkap. Siri kedua.
Daripada dialog tu sangat jelas . Jin-jin tu bukan Saka orang, bukan dihantar orang dan bukan dari ilmu hitam. Tapi Dajjal yang hantar. Sekarang sudah akhir zaman, akan banyak gangguan dari jin-jin.
Jika anda takut, itu yang lebih disukai oleh jin-jin.
Kita tak perlu takut, doa sungguh-sungguh pada Allah. Minta
pertolongan Allah dan yakin Allah sahaja yang boleh melindungi kita. Doa
selalu. Doa dalam Bahasa melayu pun boleh. Setiap masa mohon pertolongan dari
Allah. Bukan lepas solat je, tapi setiap masa doa...dalam hati pun boleh doa. Bukan minta perlindungan daripada apa-apa ayat atau benda. Tapi, mintalah perlindungan daripada Allah terus. InsyaaAllah , Allah akan tolong kita..
# ALLAH KAN
ADA .
** Sekiranya ada berlaku lagi seperti ketuk misteri ini, segeralah beritahu kepada saya melalui wasap. InsyaaAllah, saya sedia membantu...kerana Allah.
012 - 6903669