Friday, October 1, 2021

Gambar kenangan beberapa tahun lepas

DUA PUAK JIN BERGADUH MENYEBABKAN RUMAH TERBAKAR 

Setelah ditangkap kedua-dua puak jin bergaduh itu, kami berdialog dengan ketua jin kedua-dua puak itu sambil dirakam oleh wartawan.





ENAM ORANG ANGGOTA BOMBA MATI LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN REMAJA DILOMBONG ( 2018 )

 



Apabila dpt berita kematian 6 org ahli Bomba yg brtugas mencari mayat bdk lemas tu, kami yakin mesti ada gangguan jin disitu. Maka, kami terus mencari jin-jin yg ganggu itu.

Alhamdulillah, kami dpt tgkp jin2 yg ganggu operasi itu.

1) Rupa ketua jin : Lembaga hitam tinggi..pakaian

hitam..rambut hitam pnjang

2) Ditgkp dimana : dlm badan mayat budak tu

3) Agama ketua : tiada

4) Umur ketua : 11 juta thun

5) Jumlah gengnya : 14 juta ekor

6) Jin2 ni dtg dari mana: tapak lombong

Kesemua jin itu telah dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol ye ). InsyaaAllah ksmua jin itu takkan terlepas, kerana mereka akan sentiasa dipantau. Allah Akbar !

Hasil dialog dgn ketua jin tu....ketua jin tu mengatakan bahawa dia suka pd budak itu. Sebab budak itu suka merayau. Dia memanggil budak itu dan budak itu seperti terdorong dtg ke situ dan spt ditarik dan jatuh ke dalam lombong itu. Mayat budak itu ditarik oleh jin-jin itu dan dibawa ke 'rumah' ketua jin itu. Sekitar di situ ada satu pokok besar dimana akar bawahnya besar. Disitulah 'rumah' ketua jin itu dan disitulah mayat budak itu disimpan. 

Apabila 6 anggota bomba tu terjun ke dlm lombong, maka jin2 ini menganggu anggota bomba itu dgn menutup pandangan mata mereka. Maka mereka tak nmpak dan tercari-cari utk naik ke atas. Oleh kerana tidak nampak untuk keluar, maka mereka lemas akhirnya didalam air lombong itu. Ahli bomba yg lemas tu bukan sebarang org. Mereka mahir berenang/menyelamatkan mangsa dalam air. Tetapi, oleh kerana ketua jin itu menutup pandangan ahli bomba itu, akhirnya mereka tak nampak apa-apa dan ini mnyebabkan mereka lemas.

Setelah belasah cukup-cukup ketua jin itu, barulah ia pecahkan rahsia dimana ia sembunyikan mayat remaja itu dan saya paksa ia utk keluarkan mayat remaja yang disembunyikan ketua jin itu. Alhamdulillah, setelah siang barulah pihak berkuasa dapat jumpa mayat remaja itu. Ini adalah kerana ketua jin itu sudah menarik keluar mayat remaja itu.

 Alhamdulillah.

Begitulah jahatnya jin-jin ini yg mengakibatkan kematian budak itu dan anggota bomba.

Sekian, semoga semua memahami keadaan yang sebenar. Semoga roh-roh anggota bomba itu ditempatkan dikalangan orang yg syahid kerana menolong orang lain.

Allah Akbar !



PONTIANAK menganggu sebuah kampung di Sg. Rambai, Melaka.

 

Alhamdulillah....ALLAH AKBAR !

 .....dari fb saya copy dan paste disini :

Berlaku beberapa tahun lepas....

2 - 3  minggu lepas, kecoh pasal gangguan pontianak di kampung.

Pontianak tu bukan sekadar ketuk pintu, tapi gegarkan pintu dan tingkap.

Banyak rumah yang menjadi mangsa. Bukan  dikampung saya je, tapi kampung sebelah turut jadi mangsa.

Ada juga orang kampung yang nampak pontianak duduk atas pokok dihadapan rumah. Terus tak jadi orang itu keluar rumah dan terus demam.

Setelah seminggu kejadian itu, barulah anak sedara hantar mesej wasap menceritakan perihal kejadian dikampung.

Tanpa berlengah, saya terus hubungi abang dikampung untuk mendapatkan maklumat lanjutan. Setelah saya di 'add' ke dalam grup wasap orang kampung, maka fahamlah saya keadaan yang sebenarnya. Bukan orang kampung saya je yang dalam ketakutan, malah orang kampung sebelah juga.

Tanpa buang masa, setelah dapat maklumat , saya terus menangkap pontianak dan gengnya yang menganggu kampung saya tu. Macam biasa, saya hanya tangkap dari jauh sahaja, tidak perlu balik ke kampung. Setelah dapat tangkap pontianak itu dan gengnya, terus saya belasah cukup-cukup. Pontianak dan gengnya tu berjumlah berjuta ekor tau, bukan sekor dua ekor je. Pontianak tu adalah jin...jin yang menyerupai pontianak. Jin-jin ni kebiasaannya menganggu dalam berkumpulan.

Setelah belasah, pontianak tu disoal siasat. Rupa-rupanya pontianak dan geng tu datang dari bersepah tempat. Mereka memang sengaja ingin menganggu orang kampung. Selepas soal siasat, kesemua jin tu dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol tau ). InsyaaAllah mereka tak mampu lepaskan diri dan tak dapat ganggu lagi. Selepas tu saya maklumkan pada orang kampung melalui grup wasap tu mengenai penangkapan pontianak dan geng itu dan latar belakang mereka. Barulah orang kampung merasa lega dan aman.

Sehari selepas itu, terdengar lagi kejadian gangguan pontianak. Saya terus periksa pontianak dan gengnya yang dikurung sebelum ini. Ternyata mereka semua masih ada lagi dalam kurungan. Tanpa berlengah, terus saya tangkap pontianak baru itu dan gengnya. Belasah dan soal siasat. Rupanya mereka juga baru dtg ke kampung itu sebab mereka kata kampungku itu sudah tiada jin yang menganggu. Sebab itu mereka gantikan tempat jin lama.

Macam biasa mreka juga dibelasah dan dikurung. Saya terus laporkan kepada orang kampung, agar mereka tidak risau lagi.

Alhamdulillah, selepas itu barulah betul-betul aman . Orang kampung dah boleh menarik nafas kelegaan. Hingga kini, tiada lagi terdengar gangguan.

Alhamdulillah.....Allah Akbar !