Friday, October 1, 2021

PONTIANAK menganggu sebuah kampung di Sg. Rambai, Melaka.

 

Alhamdulillah....ALLAH AKBAR !

 .....dari fb saya copy dan paste disini :

Berlaku beberapa tahun lepas....

2 - 3  minggu lepas, kecoh pasal gangguan pontianak di kampung.

Pontianak tu bukan sekadar ketuk pintu, tapi gegarkan pintu dan tingkap.

Banyak rumah yang menjadi mangsa. Bukan  dikampung saya je, tapi kampung sebelah turut jadi mangsa.

Ada juga orang kampung yang nampak pontianak duduk atas pokok dihadapan rumah. Terus tak jadi orang itu keluar rumah dan terus demam.

Setelah seminggu kejadian itu, barulah anak sedara hantar mesej wasap menceritakan perihal kejadian dikampung.

Tanpa berlengah, saya terus hubungi abang dikampung untuk mendapatkan maklumat lanjutan. Setelah saya di 'add' ke dalam grup wasap orang kampung, maka fahamlah saya keadaan yang sebenarnya. Bukan orang kampung saya je yang dalam ketakutan, malah orang kampung sebelah juga.

Tanpa buang masa, setelah dapat maklumat , saya terus menangkap pontianak dan gengnya yang menganggu kampung saya tu. Macam biasa, saya hanya tangkap dari jauh sahaja, tidak perlu balik ke kampung. Setelah dapat tangkap pontianak itu dan gengnya, terus saya belasah cukup-cukup. Pontianak dan gengnya tu berjumlah berjuta ekor tau, bukan sekor dua ekor je. Pontianak tu adalah jin...jin yang menyerupai pontianak. Jin-jin ni kebiasaannya menganggu dalam berkumpulan.

Setelah belasah, pontianak tu disoal siasat. Rupa-rupanya pontianak dan geng tu datang dari bersepah tempat. Mereka memang sengaja ingin menganggu orang kampung. Selepas soal siasat, kesemua jin tu dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol tau ). InsyaaAllah mereka tak mampu lepaskan diri dan tak dapat ganggu lagi. Selepas tu saya maklumkan pada orang kampung melalui grup wasap tu mengenai penangkapan pontianak dan geng itu dan latar belakang mereka. Barulah orang kampung merasa lega dan aman.

Sehari selepas itu, terdengar lagi kejadian gangguan pontianak. Saya terus periksa pontianak dan gengnya yang dikurung sebelum ini. Ternyata mereka semua masih ada lagi dalam kurungan. Tanpa berlengah, terus saya tangkap pontianak baru itu dan gengnya. Belasah dan soal siasat. Rupanya mereka juga baru dtg ke kampung itu sebab mereka kata kampungku itu sudah tiada jin yang menganggu. Sebab itu mereka gantikan tempat jin lama.

Macam biasa mreka juga dibelasah dan dikurung. Saya terus laporkan kepada orang kampung, agar mereka tidak risau lagi.

Alhamdulillah, selepas itu barulah betul-betul aman . Orang kampung dah boleh menarik nafas kelegaan. Hingga kini, tiada lagi terdengar gangguan.

Alhamdulillah.....Allah Akbar !