Wednesday, May 8, 2019

KLINIK   MISTIK





Saya dapat tahu berita ini daripada facebook. Apabila ada permintaan untuk siasat kes ini, barulah saya mulakan penangkapan jin-jin yang menganggu itu.

 Apabila  proses penangkapan jin di kawasan klinik desa itu dijalankan, semua jin di situ keluar dari berbagai sudut dan lintang pukang  cuba melarikan diri dalam keadaan ketakutan.
Jin-jin itu pelbagai bentuk dan rupa. Ada bntuk beruang, bentuk burung patah sayap , bentuk pontianak berambut putih terbang dan berbagai lagi.

Ketika menangkap jin-jin yang terapung di udara, keadaan menjadi seperti berasap dan makhluk-makhluk itu diketuk dan terus tertangkap.

Ketua jin tu bergerak dgn mengisut tapi pantas . Ia juga cuba larikan diri, tetapi tertangkap juga akhirnya.

 Setelah kesemua jin itu ditangkap dan dibelasah. Selepas itu,  barulah pembelasahan itu fokus kepada ketua jin sahaja, untuk memudahkan sesi soal siasat nanti.

Dibawah ini adalah maklumat jin yang menganggu di KLINIK DESA GESIR TENGAH, HULU  BERNAM, SELANGOR.

1)  Rupa ketua jin :      perempuan berambut serabut..serba hitam..mcm bersimpuh
2)  Agama ketua :       tiada
3)  Umur ketua :               13 juta thun
4)  Jumlah gengnya :        12 juta ekor
5)  Jin2 ni dtg dari mana:    tanah tapak klinik




Dialog dengan Ketua Jin ( KJ )

1)  Saya   :   Kau datang dari mana ?
KJ      :     Ini tanah aku.

2)  Saya  :   Dah berapa lama kau tinggal ditapak klinik tu ?
KJ      :    Terlalu lama……berjuta tahun.

3)  Saya  :   Kenapa kau ganggu di klinik  itu  ?
KJ       :   Kami tak ganggu , tapi  manusia yang ganggu kami.

4)  Saya  :  Kau dah tahu manusia ada disitu,  kau pergi lah ke tempat lain ?
KJ       :  Mana kami nak pergi,  itu tmpat kami.

5)  Saya   : Pernah terjadi kerasukan disitu. Berapa ekor geng kau yang masuk ke dalam badan
              orang tu hingga menjadi kerasukan itu ?
KJ        :   1  juta

6)  Saya   :  Apa tujuan kau semua merasuk  ?
KJ        :   Biar mereka tahu , siapa yang  lebih kuat.

7)  Saya    :  Selain rasuk...apa lagi yang kau buat pada manusia disitu ?
KJ         :  Tinggalkan rasa takut pada mereka.  Dan biar manusia melakukan sesuatu
                 di luar tatasusila manusia…..seperti  guna tangkal dan memuja .

8)  Saya    :  Pernah dibuat baca yasin dalam klinik itu oleh orang kampong. Pada masa itu apa
                      yang berlaku pd kau semua ?               
KJ         :  manusia di situ tak menyedari yang kami lihat je apa yang  mereka semua lakukan
                pada  ketika itu.

9)  Saya    :   Dengan bacaan Yasin tu tak beri kesan apa-apa pada kau semua ke ?
KJ        :   Tu lah….manusia memang bodoh…mereka anggap dengan bacaan Yasin tu kami akan
                 takut….kah ! kah ! kah !.....manusia memang mudah ditipu daya.

10)  Saya    :   Bagaimana dengan pesakit yg datang ke situ, adakah  kau  ganggu juga ?
KJ         :   Ye..biar mereka brtmbah sakit selepas itu.

11)  Saya     :  Kau ada tunjukkan diri kau pada manusia disitu ?
KJ         :   Ye……selalu.

12)  Saya     :  Kau tunjukkan rupa apa ?
KJ          :   Binatang kesayangan manusia….iaitu  kucing.

13)  Saya     :  Kenapa tunjuk rupa kucing ?
KJ         :   kerana binatang inilah yang manusia suka dekati dan tanpa mereka sedari,  kami
                 campak sihir/ racun kami  kepada  manusia  itu.

14)  Saya     :  Apa yang kau semua dah buat hingga ada orang disitu kerasukan ?
KJ         :   Kami ramai-ramai masuk ke dalam badan mereka dan buatkan mereka menjadi
                 kerasukan.


15)  Saya     :   Kenapa kau buat begitu ?
KJ          :   Biar tempat ini jadi kosong….lagi aku suka. Ini tempat kami.


16)  Saya     :   Kau asyik ganggu orang islam je. Orang bukan islam kau ganggu tak ?
KJ          :   Terlalu mudah bagi kami  untuk yang bukan islam. Yang islam, kami nak sesatkan
                  mereka

17)  Saya     :   Kau semua ni  pernah tak ganggu perkara lain di klinik itu...contoh...ganggu  
                  elektrik...atau air...atau alat jadi rosak ?
KJ         :    Ada

18)  Saya     :     Apa dia ?
KJ          :    Kipas selalu rosak   dan  air tidak  kuat

19)  Saya     :   Air tak kuat tu kau buat macam mana ?
KJ         :    Kami tahan air itu dengan tangan kami.

20)  Saya     :   Berapa ramai geng kau yang tahan air tu ?
KJ          :   Separuh dari kami.

21)  Saya     :  Yang beras kuning dalam klinik dan patung hitam atas bumbung tu, kau ke yang
                         buat ?
KJ         :   Bukan

22)  Saya     :    Habis tu, siapa yang buat ?
KJ         :    Tu ada manusia yang buat.

23)  Saya     :   Sebab apa manusia tu buat begitu ?
KJ         :   Untuk  memanggil kami.

24)  Saya     :  Untuk apa panggil kau semua ?
KJ         :   untuk cuba berkawan dengan kami.

25)  Saya     :  Jadi, kau datang kepada dia ?
KJ          :  Tidak….siapa dia tu untuk berkawan dengan kami. Dia mana ada ilmu seperti kami.


** Selepas soal siasat, ketua jin ini dan semua gengnya disumbat ke dalam PENJARA KHAS 
     ( bukan dalam botol ye  ! ), agar tak dapat ganggu manusia lagi.

Dengan ini,  KLINIK DESA ini sudah bersih dari gangguan jin yang sudah sekian lama.
Maka, klinik ini sudah boleh beroperasi semula.

ALHAMDULILLAH
ALLAH  AKBAR  !