Saya dapat tahu cerita diatas setelah
terbaca post rakan facebook pd 20 November 2020 iaitu selepas Maghrib. Maka
malam tu juga saya dan sahabat saya menyiasat kes ini.
Dengan cara kami, dari jauh sahaja kami
menangkap jin-jin yang menganggu itu.
Dengan mengetahui tempat-tempat yg telah
diganggu jin/hantu itu, ini amat memudahkan kami untuk menangkap jin-jin itu.
Kami menangkap ketua jin itu dahulu. Untuk menangkap ketua jin itu, kami pantau dari jauh dulu. Apabila kami sudah rasa sesuai baru la kami terus menangkapnya dari jauh tanpa ia sedari. Apabila ketua jin sudah ditangkap, maka amat mudah untuk menangkap kesemua geng-gengnya. Walaupun gengnya dah berterabur cabut lari, tapi kami sudah mengepung dari awal lagi. Ini memudahkan kami menangkap kesemua geng-gengnya.
Ketuanya berupa PONTIANAK. Sebenarnya jin-jin ini boleh
menyerupai apa shj. Geng-gengnya berupa macam-macam, ada yg berupa Pontianak
juga, ada yg spt binatang, pocong dan pelbagai rupa yg menyeramkan.
Setelah menangkap dan mengikat jin-jin itu dan
belasah kesemua jin-jin itu, kami tumpu pd ketuanya pula.
Setelah belasah cukup-cukup ketuanya
itu , dan ia menjadi lemah dan tak mampu lawan, barulah kami soal siasat Ketua Jin itu.
Kami ada cara untuk mengenalpasti
samada cakapnya itu benar atau bohong. Sebab itu perlu dibelasah secukupnya,
supaya mudah dapat maklumat yang benar.
MAKLUMAT
MENGENAI JIN-JIN ITU
1) Rupa
ketua jin : pontianak
2) Ditgkp dimana : kebetulan ia berada di
Kg. Tebuk Pulai
3)
Agama ketua : tiada
4) Umur
ketua : 28 juta tahun
5)
Jumlah gengnya : 27 juta ekor
6) Jin2
ni dtg dari mana: Dari tmpt jauh
Dialog dgn
Ketua Jin ( kj ) yg menganggu itu :
1) Saya : kau ke
yg ganggu org disini ?
Kj : Ye…kenapa
2) Saya
: Yg ketuk2 tu...kau dan geng2
kau ke ?
Kj : Ye…. Kami semua lakukan (seolah-olah bangga). Kami
suka menakut-nakutkan manusia. Tu belum lagi
tunjukkan diri kami dengan jelas tu.
3)
Saya : selain ketuk-ketuk.....apa lg kau semua buat ?
Kj : Rosakkan tanaman..….Binatang ternakan, peliharaan
juga ketakutan.
4) Saya
: tanaman tu ...kau rosakkan macamana
?
Kj : zat-zat pada tanaman itu kami sedut …maka pokok-pokok
tu akan hilang suburnya.
5)
Saya : kau buat pd pokok-pokok padi shj atau semua pokok
?
Kj : Pokok-pokok yg di makan manusia atau pokok-pokok yg
di gunakan manusia.
6) Saya : seblum kau semua dtg ke sini...kau smua berada
dimana atau datang dari mana ?
kj : dari sebuah hutan yg gelap….jauh dari sini…. jangkaan
kiraan manusia lebih kurang 119 km dari sini.
7) Saya
: Siapa yg suruh kau dtg ke sini
?
Kj : Tiada siapa yg arah.. kami hanya ikut naluri kami..
dimana ikut hati.. Di situ kami berhenti.
8) Saya
: Masa kau smpai di kwsn ni...disini ada tak
jin-jin lain ?
Kj : Ada…. bnyak... tapi mereka tak menegur kami.
9) Saya
: Kau tak brgaduh dgn mereka ?
Kj : Ye pasti bergaduh, tapi hanya jin tak kuat je kami
dekati.
10)
Saya : Adakah
sekelip mata je kau dh smpai sini ?
Kj : pd perkiraan waktu manusia.. pergerakan kami hanya
dalam 2 hingga 3 detik ( 2-3 saat ) shj.
11) Saya : Ada manusia kata mereka pindahkan jin dari suatu
tempat ke tempat lain dengan menggunakan bas.
Apa pendapat ko ?
kj : manusia memang bodoh….mudah kena tipu….kami
tak perlukan kenderaan macam manusia. Pergerakan
kami lagi cepat.
12) Saya : Jika kau semua tak ditangkap hari ni...agak-agak kau
nak duduk dikawasan ni berapa lama ?
kj : bergantung pada
kejayaan kami.
13) Saya : Maksudnya ...jika dah berjaya, baru kau pindah
ke kawasan lain ?
Kj : semakin besar kejayaan kami, semakin cepat
kami beredar.
Selepas mendapat jawapan dari jawapan itu,
kami masukkan kesemua geng jin itu ke dalam PENJARA KHAS ( bukan dalam botol
mcm org lain ye ).
InsyaaAllah, jin-jin itu takkan dapat
melepaskan diri dan tak dapat ganggu lagi manusia.
Diharapkan penduduk di kawasan Sg. Besar ini jangan risau lagi. Hantu/jin itu sudah ditangkap.
ALHAMDULILLAH !
ALLAH AKBAR
!
SESUNGGUHNYA ILMU ALLAH SANGATLAH LUAS !