Saya dapat tahu kisah api misteri ni
apabila diberitahu oleh rakan dalam facebook. Saya tonton video yang dilaporkan oleh wartawan sinar Harian.
Apabila nampak Fatihah dalam video tu,
maka baru saya teringat bahawa saya pernah pergi melawat ke tempat rumah beliau
yang terbakar tu bersama team saya pada tahun 2017. Team kami telah menangkap
jin-jin yang menyebabkan api misteri pada masa tu. Dan kami berdialog dengan
ketua jin tu secara live dihadapan Fatehah dan ahli keluarganya, juga
disaksikan sendiri oleh wartawan Utusan.
Punca api misteri pada masa tu adalah terdiri
dari DUA puak iaitu puak Saka dan
Puak dari tapak rumah yang terbakar tu. Selepas habis sesi dialog itu, kesemua
jin itu telah saya kurung dalam penjara khas. InsyaaAllah mereka tidak mampu
untuk melepaskan diri kerana sentiasa dipantau.
Selepas beberapa hari kemudian,
berlaku lagi kebakaran dirumah itu. Apabila saya dapat tahu, terus saya siasat
dari jauh dan saya tangkap lagi. Setelah disiasat, saya dapati bahawa jin-jin
itu adalah jin baru datang dan ia datang dari salah seorang bomoh yang datang ke
rumah itu. Bomoh itu telah buat ‘ pagar ‘kononnya untuk hindar dari jin-jin.
Tapi, ‘ pagar ‘ itulah lagi memanggil jin datang.
Saya telah maklumkan kepada salah
seorang sedara keluarga itu akan hal yang sebenar dan saya nasihatkan agar
jangan benarkan mana-mana bomoh untuk buat sesuatu ‘pagar’ dirumah itu lagi.
Selepas itu, cerita api misteri itu terus senyap.
Dan berlaku lagi sekarang
ini, tetapi dirumah lain pula DISEMBER 2019.
Setelah tangkap jin-jin itu, dengan cara kami,
kami belasah cukup-cukup jin-jin itu dan ketua jin itu lagi teruk dibelasah.
Selepas itu barulah kami soal siasat
ketua jin itu. Setelah disoal siasat, ketua jin dan semua gengnya kami
sumbatkan dalam penjara khas
(bukan dalam botol ye) agar mereka tidak dapat
menganggu manusia lagi.
Maklumat Jin :
1) Rupa ketua jin : Pontianak
2) Ditgkp dimana : di
hati Fatehah
3) Agama ketua : tiada
4) Umur ketua : 13
juta tahun
5) Jumlah gengnya : 11
juta ekor
6) Jin2 ni dtg dari mana: Tanah
tapak rumah sekarang
7) % racun yg ditabur oleh jin ke dlm bdn : 38% pd
seluruh penghuni
8) Brp ekor dlm bdn Fatehah:
3 juta ekor
DIALOG dengan KETUA JIN ( Kj ) :
1) Saya
: Kau dah berapa lama tinggal di tanah tapak
rumah tu ?
Kj : 7 tahun
2) Saya
: Kau dan geng ke yang buat api
tu ?
Kj : Ye
3) Saya
: Kenapa kau buat api tu ?
Kj : kami suka dgn kehangatannya.
4) Saya
: Sebelum ni kau pernah buat api
tak untuk ganggu
manusia ?
Kj :
Ye….banyak tmpat yg kami buat.
5) Saya
: Maksudnya kau pernah buat api
dirumah orang lain ?
Kj : Ye
6) Saya
: Ada tak puak jin lain yang buat api macam kau
buat ?
Kj : Ada juga tapi kami tak campuri urusan mereka.
7) Saya
: Kenapa kau duduk dalam badan Fatehah ? kenapa
tak
duduk dalam badan orang lain dalam rumah tu
?
Kj : dia sesuai dgn kami
8) Saya
: Kenapa dia sesuai dengan kau ?
Kj :
lihat pd seluruhnya...lemahnya dia
ni.
9) Saya
: Adakah ahli keluarganya yang
lain tak sesuai dengan
kau ?
Kj :
sesuai juga, tapi Fatehah kami lebih suka.
10) Saya : Maksud
kau, si Fateha ni paling lemah dalam
keluarganya ?
Kj : Benar
11) Saya : Berapa
ekor geng kau dalam badan setiap ahli
keluarganya ?
Kj :
setiap badan ahli keluarga ni ada 1 juta ekor geng
aku. Hanya Fatehah shj dalam badannya ada
3 juta ekor geng aku.
12) Saya
: Fatehah kata kadang-kadang
dalam makanannya
ada jarum dan susah untuk dia makan. Itu
kau punya angkara ke ?
Kj : Ye
13) Saya
: Ahli keluarganya yang lain kau
ada buat macam
tu tak ?
Kj :
Tidak
14) Saya
: Kenapa kau buat begitu hanya pada Fatehah shj
?
Kj : rasa seronok buat begini
15) Saya
: Kau nak buat dia sampai jadi
macamana ?
Kj : jadi mcm skrg lah, macam gila.
16) Saya : Oooo...kau nak buat dia jadi gila ?
Kj :
Ye...manusia kalau gila, jadi mcm
kami.
17) Saya
: Jadi, kau dan geng kau semua ni
memang gila la ye ?
Kj : tak...kami tak gila mcm tu...
18) Saya : abih tu..gila macamana ?
Kj : ada kalanya manusia ni gila akan bersifat spt
kami….contohnya seperti menjerit..
memanggil...berlari.
19) Saya : Kau
ke yang tulis didinding tu ?
Kj :
geng aku yang buat.
20) Saya
: Apa tujuan geng kau tulis
didinding tu ?
Kj :
Apabila mereka dah gembira...mereka buat
apa saja.
21) Saya
: Adakah tujuan untuk takut-takutkan lagi ?
Kj :
ye...itu pun benar juga.
22) Saya
: Berapa ekor geng kau yg duduk dalam rumah tu ?
Kj :
3 juta ekor dlm rumah
23) Saya
: Yang diluar rumah pulak ?
Kj :
3 juta ekor
24) Saya : Selebihnya
berada dimana ?
Kj :
Dlm tubuh badan mereka
25) Saya
: Kau semua tak terkesan ke jika mereka solat,
zikir, doa ?
Kj : terasa juga sikit…...tapi tak jadi apa-apa pd
kami.
26) Saya
: Ramai perawat yg datang ke
rumah tu untuk
membantu halau kau semua.
Mereka berjaya ke
halau kau semua ?
Kj : tak berjaya pun…..mereka tak mampu halau..
27) Saya
: Mereka baca berbagai ayat rukyah dan zikir.
Adakah ini tak beri kesan kepada kau semua ?
Kj : manusia memang bodoh. Semua yang dibaca tu
bukannya ada kuasa.
28) Saya
: Ada diantara mereka tabur sesuatu keliling
rumah tu
dengan alasan pagar rumah. Apa jadi pada
kau
semua ?
Kj :
kan aku dah cakap…manusia tu bodoh….
kami tak jadi apa-apa
pun...malah kami
gembira…..kami bersorak
29) Saya
: Kenapa kau semua gembira ?
Kj : Yang
pastinya tak jadi apa-apa pd kami .
Mereka tak tahu apa yg mereka lakukan…
sebab
mereka tak Nampak. Bodoh mereka tu.
30) Saya
: Adakah dengan buat ' pagar ' tu, kau semua
gembira ?
Kj : Memanglah… tu semua menjadi hiburan kpd kami
dan mereka memberi perangsang kpd
kami.
31) Saya
: Kenapa jadi perangsang kpd kau
semua ?
Kj : Dengan membuat pekerjaan bodoh tu dan
tidak jadi apa-apa pada kami....
lagi kami
teruja untuk terus ganggu.
32)
Saya : Kau
dan geng pernah tak tunjukkan diri kpd
ahli keluarga ini ?
Kj :
Ada...tapi bukan dgn wajah sebenar
kami...hanya
sesuatu yg mereka tak sedari.
33) Saya
: Kau tunjuk dalam bentuk apa ?
Kj : Apabila mereka balik malam...kegelapan
(lebih gelap dari biasa)..itulah kami.
Bila mereka rasa
kepanasan...itulah kami juga.