KLINIK MISTIK
Saya dapat
tahu berita ini daripada facebook. Apabila ada permintaan untuk siasat kes ini,
barulah saya mulakan penangkapan jin-jin yang menganggu itu.
Apabila
proses penangkapan jin di kawasan klinik desa itu dijalankan, semua jin
di situ keluar dari berbagai sudut dan lintang pukang cuba melarikan diri dalam keadaan ketakutan.
Jin-jin itu pelbagai bentuk dan rupa.
Ada bntuk beruang, bentuk burung patah sayap , bentuk pontianak berambut putih
terbang dan berbagai lagi.
Ketika menangkap jin-jin yang
terapung di udara, keadaan menjadi seperti berasap dan makhluk-makhluk itu diketuk
dan terus tertangkap.
Ketua jin tu bergerak dgn mengisut
tapi pantas . Ia juga cuba larikan diri, tetapi tertangkap juga akhirnya.
Setelah kesemua jin itu ditangkap dan
dibelasah. Selepas itu, barulah
pembelasahan itu fokus kepada ketua jin sahaja, untuk memudahkan sesi soal
siasat nanti.
Dibawah ini adalah maklumat jin yang menganggu
di KLINIK DESA GESIR TENGAH, HULU
BERNAM, SELANGOR.
1)
Rupa ketua jin : perempuan berambut serabut..serba hitam..mcm
bersimpuh
2)
Agama ketua : tiada
3)
Umur ketua : 13
juta thun
4)
Jumlah gengnya : 12
juta ekor
5)
Jin2 ni dtg dari mana: tanah tapak klinik
Dialog dengan Ketua Jin ( KJ )
1) Saya
: Kau datang dari mana ?
KJ : Ini tanah aku.
2) Saya
: Dah berapa lama kau tinggal
ditapak klinik tu ?
KJ :
Terlalu lama……berjuta tahun.
3) Saya
: Kenapa kau ganggu di
klinik itu ?
KJ : Kami tak ganggu , tapi manusia yang ganggu kami.
4) Saya
: Kau dah tahu manusia ada
disitu, kau pergi lah ke tempat lain ?
KJ :
Mana kami nak pergi, itu tmpat
kami.
5) Saya
: Pernah terjadi kerasukan disitu. Berapa ekor geng kau yang masuk ke dalam
badan
orang tu hingga menjadi kerasukan
itu ?
KJ :
1 juta
6) Saya
: Apa tujuan kau semua merasuk ?
KJ :
Biar mereka tahu , siapa yang lebih kuat.
7) Saya
: Selain rasuk...apa lagi yang
kau buat pada manusia disitu ?
KJ : Tinggalkan rasa takut pada mereka. Dan biar manusia melakukan sesuatu
di luar tatasusila manusia…..seperti guna tangkal dan memuja .
8) Saya
: Pernah dibuat baca yasin dalam
klinik itu oleh orang kampong. Pada masa itu apa
yang berlaku pd kau semua
?
KJ : manusia di situ tak menyedari yang kami lihat
je apa yang mereka semua lakukan
pada ketika itu.
9) Saya
: Dengan bacaan Yasin tu tak
beri kesan apa-apa pada kau semua ke ?
KJ :
Tu lah….manusia memang bodoh…mereka anggap dengan bacaan Yasin tu kami
akan
takut….kah ! kah ! kah
!.....manusia memang mudah ditipu daya.
10) Saya
: Bagaimana dengan pesakit yg
datang ke situ, adakah kau ganggu juga ?
KJ :
Ye..biar mereka brtmbah sakit selepas itu.
11) Saya
: Kau ada tunjukkan diri kau pada
manusia disitu ?
KJ :
Ye……selalu.
12) Saya
: Kau tunjukkan rupa apa ?
KJ :
Binatang kesayangan manusia….iaitu
kucing.
13) Saya
: Kenapa tunjuk rupa kucing ?
KJ :
kerana binatang inilah yang manusia suka dekati dan tanpa mereka sedari, kami
campak sihir/ racun kami kepada manusia itu.
14) Saya
: Apa yang kau semua dah buat
hingga ada orang disitu kerasukan ?
KJ :
Kami ramai-ramai masuk ke dalam badan mereka dan buatkan mereka menjadi
kerasukan.
15) Saya
: Kenapa kau buat begitu ?
KJ :
Biar tempat ini jadi kosong….lagi aku suka. Ini tempat kami.
16) Saya
: Kau asyik ganggu orang islam
je. Orang bukan islam kau ganggu tak ?
KJ :
Terlalu mudah bagi kami untuk
yang bukan islam. Yang islam, kami nak sesatkan
mereka
17) Saya
: Kau semua ni pernah tak ganggu perkara lain di klinik itu...contoh...ganggu
elektrik...atau air...atau
alat jadi rosak ?
KJ :
Ada
18) Saya
: Apa dia ?
KJ :
Kipas selalu rosak dan air tidak
kuat
19) Saya
: Air tak kuat tu kau buat macam
mana ?
KJ :
Kami tahan air itu dengan tangan kami.
20) Saya
: Berapa ramai geng kau yang
tahan air tu ?
KJ :
Separuh dari kami.
21) Saya
: Yang beras kuning dalam klinik
dan patung hitam atas bumbung tu, kau ke yang
buat ?
KJ :
Bukan
22) Saya
: Habis tu, siapa yang buat ?
KJ :
Tu ada manusia yang buat.
23) Saya
: Sebab apa manusia tu buat begitu
?
KJ :
Untuk memanggil kami.
24) Saya
: Untuk apa panggil kau semua ?
KJ :
untuk cuba berkawan dengan kami.
25) Saya
: Jadi, kau datang kepada dia ?
KJ :
Tidak….siapa dia tu untuk berkawan dengan kami. Dia mana ada ilmu
seperti kami.
** Selepas soal siasat, ketua jin ini
dan semua gengnya disumbat ke dalam PENJARA KHAS
( bukan dalam botol ye ! ), agar
tak dapat ganggu manusia lagi.
Dengan ini, KLINIK DESA ini sudah bersih dari gangguan
jin yang sudah sekian lama.
Maka, klinik ini sudah boleh beroperasi
semula.
ALHAMDULILLAH
ALLAH
AKBAR !
No comments:
Post a Comment