Monday, January 14, 2019
KETUKAN MISTERI DI PERAK SUDAH SELESAI.
Assalaamualaikum,
Alhamdulillah, syukur diatas segala nikmat Allah kepada kita.
Merujuk kepada keratan akhbar diatas, pagi tadi saya baru dapat berita ini dan malam saya terus jalankan tanggungjawab saya untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara MENANGKAP KESEMUA JIN YANG MENGANGGU ITU DARI JAUH SAHAJA.
Setelah tangkap kesemua jin yang ganggu itu, kami ikat jin-jin itu dan belasah mereka. Selepas itu, baru la kami soal siasat iaitu berdialog dengan ketua mereka.
Dibawah ini adalah laporan lengkap mengenai jin-jin itu dan DIALOG DENGAN KETUA JIN ITU.
1) Rupa Ketua Jin : ( jin boleh berubah bentuk) PONTIANAK ....rambut serabut panjang dan
bongkok sedikit.
2) Ditangkap dimana : Didalam hutan berdekatan kampung tersebut.
3) Umur Ketua Jin : 12 juta tahun
4) Jumlah gengnya : 18 juta ekor
5) Jin-jin ini datang dari mana : Hutan kawasan situ.
Dialog dengan Ketua Jin ( KJ ):
Saya : Kau datang dari mana ?
KJ : Hutan berdekatan
Saya : Kau dan geng kau ke yang ketuk-ketuk pintu rumah orang kampung disini ?
KJ : Ye...memang kami yang ketuk.
Saya : Kenapa ketuk pintu ?
KJ : Dengan cara ini manusia akan takut, gentar dan rasa tak selamat.
Saya : Sebelum ini, kau pernah ganggu macam ini ke ?
KJ : Tidak.
Saya : Kenapa baru sekarang kau buat macam ini ?
KJ : Tidaklah kami lakukan apa-apa selain ada ilham yang dihantar pada kami .
Saya : Siapa yang beri ilham ?
KJ : Disampaikan kepada kami oleh ketua kami.
Saya : Siapa ketua kau ?
KJ : Dajjal (sambil terketar-ketar suara seperti ketakutan )
Saya : Jika kau tak ditangkap hari ini, apa yang akan kau lakukan kepada penduduk disini ?
KJ : Nak sesatkan mereka semua.
Saya : Sesatkan macamana ?
KJ : Mereka akan panggil orang pandai yang boleh membantu ( bomoh ), tapi mereka lakukan
suatu kesalahan yang bertentangan dengan agama mu dan Tuhan mu.
Saya : Tempat kau kan di hutan, kenapa ganggu orang disini ?
KJ : Bukankah itu tugas kami untuk menganggu manusia.
Saya : Tadi kau kata ketua kau iaitu Dajjal. Dajjal dah keluar ke ?
KJ : Sudah. Kami para jin memang sudah tahu. Cuma manusia je yang tidak tahu.
Saya : Ketua kau tu bantu macamana ?
KJ : Jika kampung disini kuat syiar islamnya, kami pasti tak dapat ganggu penduduk disini. Tapi,
apa yang aku lihat, syiar islam disini tak kuat. Ketua kami bantu kami dengan cara dapat
masuk ke kampung ini.
Saya : Kau dan geng kau ada tunjukkan diri pada penduduk disini tak ?
KJ : Ada, tapi bukan dengan bentuk sekarang ini.
Saya : Bentuk apa yang ko munculkan diri ?
KJ : budak.....binatang.....serta angin. Kalau angin kuat tu, jaga-jagalah.
Saya : Kenapa kau ketuk pintu rumah penduduk disini dengan terlalu kuat seperti nak roboh ?
KJ : Dengan gaya macam ini, barulah orang kampung takut dan kecoh.
---------- selesai dialog --------
Selepas dialog, barulah kami kurung ketua jin itu dan kesemua gengnya 18 juta ekor itu didalam PENJARA KHAS (bukan dalam botol ye ).
InsyaaAllah, mereka tak akan mampu melepaskan diri dan tidak dapat ganggu manusia lagi.
Semoga penduduk disitu dapat hidup dengan aman.
Tingkatkanlah syiar islam .
Alhamdulillah. ALLAH AKBAR !
Sekiranya anda ingin bertanya atau hubungi saya, sila WHATSAPP sahaja di nombor :
012 - 6903669
Facebook : RAWATAN ILAHANA