Friday, October 1, 2021

Gambar kenangan beberapa tahun lepas

DUA PUAK JIN BERGADUH MENYEBABKAN RUMAH TERBAKAR 

Setelah ditangkap kedua-dua puak jin bergaduh itu, kami berdialog dengan ketua jin kedua-dua puak itu sambil dirakam oleh wartawan.





ENAM ORANG ANGGOTA BOMBA MATI LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN REMAJA DILOMBONG ( 2018 )

 



Apabila dpt berita kematian 6 org ahli Bomba yg brtugas mencari mayat bdk lemas tu, kami yakin mesti ada gangguan jin disitu. Maka, kami terus mencari jin-jin yg ganggu itu.

Alhamdulillah, kami dpt tgkp jin2 yg ganggu operasi itu.

1) Rupa ketua jin : Lembaga hitam tinggi..pakaian

hitam..rambut hitam pnjang

2) Ditgkp dimana : dlm badan mayat budak tu

3) Agama ketua : tiada

4) Umur ketua : 11 juta thun

5) Jumlah gengnya : 14 juta ekor

6) Jin2 ni dtg dari mana: tapak lombong

Kesemua jin itu telah dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol ye ). InsyaaAllah ksmua jin itu takkan terlepas, kerana mereka akan sentiasa dipantau. Allah Akbar !

Hasil dialog dgn ketua jin tu....ketua jin tu mengatakan bahawa dia suka pd budak itu. Sebab budak itu suka merayau. Dia memanggil budak itu dan budak itu seperti terdorong dtg ke situ dan spt ditarik dan jatuh ke dalam lombong itu. Mayat budak itu ditarik oleh jin-jin itu dan dibawa ke 'rumah' ketua jin itu. Sekitar di situ ada satu pokok besar dimana akar bawahnya besar. Disitulah 'rumah' ketua jin itu dan disitulah mayat budak itu disimpan. 

Apabila 6 anggota bomba tu terjun ke dlm lombong, maka jin2 ini menganggu anggota bomba itu dgn menutup pandangan mata mereka. Maka mereka tak nmpak dan tercari-cari utk naik ke atas. Oleh kerana tidak nampak untuk keluar, maka mereka lemas akhirnya didalam air lombong itu. Ahli bomba yg lemas tu bukan sebarang org. Mereka mahir berenang/menyelamatkan mangsa dalam air. Tetapi, oleh kerana ketua jin itu menutup pandangan ahli bomba itu, akhirnya mereka tak nampak apa-apa dan ini mnyebabkan mereka lemas.

Setelah belasah cukup-cukup ketua jin itu, barulah ia pecahkan rahsia dimana ia sembunyikan mayat remaja itu dan saya paksa ia utk keluarkan mayat remaja yang disembunyikan ketua jin itu. Alhamdulillah, setelah siang barulah pihak berkuasa dapat jumpa mayat remaja itu. Ini adalah kerana ketua jin itu sudah menarik keluar mayat remaja itu.

 Alhamdulillah.

Begitulah jahatnya jin-jin ini yg mengakibatkan kematian budak itu dan anggota bomba.

Sekian, semoga semua memahami keadaan yang sebenar. Semoga roh-roh anggota bomba itu ditempatkan dikalangan orang yg syahid kerana menolong orang lain.

Allah Akbar !



PONTIANAK menganggu sebuah kampung di Sg. Rambai, Melaka.

 

Alhamdulillah....ALLAH AKBAR !

 .....dari fb saya copy dan paste disini :

Berlaku beberapa tahun lepas....

2 - 3  minggu lepas, kecoh pasal gangguan pontianak di kampung.

Pontianak tu bukan sekadar ketuk pintu, tapi gegarkan pintu dan tingkap.

Banyak rumah yang menjadi mangsa. Bukan  dikampung saya je, tapi kampung sebelah turut jadi mangsa.

Ada juga orang kampung yang nampak pontianak duduk atas pokok dihadapan rumah. Terus tak jadi orang itu keluar rumah dan terus demam.

Setelah seminggu kejadian itu, barulah anak sedara hantar mesej wasap menceritakan perihal kejadian dikampung.

Tanpa berlengah, saya terus hubungi abang dikampung untuk mendapatkan maklumat lanjutan. Setelah saya di 'add' ke dalam grup wasap orang kampung, maka fahamlah saya keadaan yang sebenarnya. Bukan orang kampung saya je yang dalam ketakutan, malah orang kampung sebelah juga.

Tanpa buang masa, setelah dapat maklumat , saya terus menangkap pontianak dan gengnya yang menganggu kampung saya tu. Macam biasa, saya hanya tangkap dari jauh sahaja, tidak perlu balik ke kampung. Setelah dapat tangkap pontianak itu dan gengnya, terus saya belasah cukup-cukup. Pontianak dan gengnya tu berjumlah berjuta ekor tau, bukan sekor dua ekor je. Pontianak tu adalah jin...jin yang menyerupai pontianak. Jin-jin ni kebiasaannya menganggu dalam berkumpulan.

Setelah belasah, pontianak tu disoal siasat. Rupa-rupanya pontianak dan geng tu datang dari bersepah tempat. Mereka memang sengaja ingin menganggu orang kampung. Selepas soal siasat, kesemua jin tu dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol tau ). InsyaaAllah mereka tak mampu lepaskan diri dan tak dapat ganggu lagi. Selepas tu saya maklumkan pada orang kampung melalui grup wasap tu mengenai penangkapan pontianak dan geng itu dan latar belakang mereka. Barulah orang kampung merasa lega dan aman.

Sehari selepas itu, terdengar lagi kejadian gangguan pontianak. Saya terus periksa pontianak dan gengnya yang dikurung sebelum ini. Ternyata mereka semua masih ada lagi dalam kurungan. Tanpa berlengah, terus saya tangkap pontianak baru itu dan gengnya. Belasah dan soal siasat. Rupanya mereka juga baru dtg ke kampung itu sebab mereka kata kampungku itu sudah tiada jin yang menganggu. Sebab itu mereka gantikan tempat jin lama.

Macam biasa mreka juga dibelasah dan dikurung. Saya terus laporkan kepada orang kampung, agar mereka tidak risau lagi.

Alhamdulillah, selepas itu barulah betul-betul aman . Orang kampung dah boleh menarik nafas kelegaan. Hingga kini, tiada lagi terdengar gangguan.

Alhamdulillah.....Allah Akbar !

 

Tuesday, November 24, 2020

MISTERI KETUKAN DI KUALA SELANGOR -> SUDAH DITANGKAP

 


 Jin-jin yang membuat ‘Ketukan Misteri’ di Kg. Batu 37, Kg. Batu 38 dan Kg. Tebuk Tupai di Sabak Bernam telah ditangkap pada 20 November 2020. Maka, aman semula kampung-kampung ini. Tiada lagi ketukan di kampung-kampung ini.

Kemudian  pada 23 November ada seorang hamba Allah menghantar mesej melalui wasap, Ia beritahu saya bahawa ada berlaku lagi ketukan misteri itu, tapi bukan dikampung sebelum ini. Ianya berlaku di kampung lain 7 km dari  kampung sebelum ini. Ianya berlaku di Sungai Air Tawar pada 23 November malamnya dan juga berlaku dikawasan Tanjung Karang.

Pada 24 November pagi keluar berita pula berlaku lagi ketukan misteri ini dikampung Kuantan, Kuala Selangor.


Saya tidak rasa pelik, saya yakin memang ini angkara jin lain. Sebab saya sudah periksa yang jin-jin yang menyebabkan ketukan misteri sebelum ini masih berada dalam ‘Penjara Khas’ saya, tidak terlepas pun. Maka ini membuktikan bahawa ketukan misteri yang terbaru ini adalah angkara jin-jin lain.

 

Maka, pada 24 November sebelah malam, saya dan rakan seperti biasa menjalankan operasi menangkap jin-jin itu. Sudah 2 hari kami memantau jin-jin baru ini. Cara kami, hanya daripada jauh sahaja kami menangkap jin-jin itu. Alhamdulillah, ilmu Allah sangat luas.

 

Setelah lama memantau dan  tiba masa yg sesuai, kami terus menangkap ketua jin tu dahulu. Setelah itu barulah mudah menangkap geng-gengnya yang lain. Berbagai-bagai rupa jin-jin itu. Ada yang menyamar bentuk Pontianak, ada yg kepala sahaja, ada yang bentuk seperti khinzir, ada yang bentuk seperti kambing badannya berleher panjang tapi kepala unta, ada yang bentuk pocong dan pelbagai bentuk pelik-pelik dan yang paling banyak ialah rupa seperti ketuanya.

 

Setelah tangkap kesemua jin-jin itu, macam biasa kami ikat dan belasah cukup-cukup terutama ketua jin itu. Apabila ketuanya sudah terlalu lemah, barulah kami  soal siasat ketua jin itu. Berikut ialah latarbelakang ketua jin itu :


1)  Rupa ketua jin :      berpakaian labuh gelap dan tiada wajah

2)  Ditgkp dimana :     berdekatan sawah padi

3)  Agama ketua :        tiada

4)  Umur ketua :          18 juta tahun

5)  Jumlah gengnya :   29 juta ekor

6)  Jin2 ni dtg dari mana:  dari kawasan jauh


Dialog dengan Ketua Jin ( Kj )

 

1)  Saya  :  Kau dan geng-geng kau ke yang buat ketuk-ketuk

                    dimerata kampung tu ?

      Kj   :   Ye

 

2)  Saya  :   Masa aku tangkap jin-jin yang buat ketuk-ketuk 

                    sebelum ni,  kau dah ada disini ?

      Kj  :    belum lagi

 

3)  Saya  :   Bila kau semua datang  ?

      Kj  :   Lps kau tangkap jin-jin haritu,  baru la aku datang.

 

 4)  Saya  :  Yang orang diganggu nampak  pucong...pakaian

                    putih...semua tu geng-geng kau ke ?                

       Kj  :   Ye.. semua tu geng aku.

 

5)  Saya  :  Masa jin ditangkap hari itu, kau nampak ke dari jauh ?

     Kj  :  Kami  tak melihat tapi kami sentiasa dengar  ada yang

              menceritakan keadaan  yang berlaku. Ketika itu kami  

              diarah untuk menjauhi lebih jauh dari kawasan itu.

            

6)  Saya  : Siapa yang suruh kau datang ke sini ?

      Kj  :  ketua kami

 

7)  Saya  :  Siapa ketua kau ?

      Kj  :  Ketua aku ialah yang ditakuti oleh semua orang.


8)  Saya  :   Siapa…..cakap ?

      Kj   :  Dajjal

 

9)   Saya  :  Kenapa kau tak ketuk semua rumah ?

       Kj   :  Rumah tertentu je..

 

10) Saya  :  Maksudnya, kau pilih rumah tertentu je untuk 

                   ganggu ketuk  tu ?

       Kj  :   Ye

 

11) Saya  :  Kau pilih bagaimana ? Berdasarkan apa ?

       Kj   :   Mereka yang hatinya  lemah .

 

12) Saya  :  Ada penduduk disitu sangat marah pada kau dan

                    mencabar dan mencari kau . Kenapa kau 

                    tak muncul je depan mereka ?                

      Kj  :   Tak perlu.... cara mereka itu dah menunjukkan ketewasan

                mereka.

              

13) Saya  :  Tewas dari segi apa ?

       Kj   :   Manusia yg bertakwa kepada tuhan, tidak akan 

                 seperti itu.Orang bertakwa akan Tawakal kepada

                 tuhannya,  sentiasa bersabar dan minta 

                 pertolongan-Nya.

                

 14) Saya  :  Kau tahu tak yang malam ni kau akan ditangkap ?

        Kj  :   Kami tak tahu, cuma kami berasa ada kelainan pada 

                 malam ini. Ada kesukaran dan seperti ada halangan

                 kepada kami.

 

15) Saya  :  Kesukaran bagaimana ?

       Kj  :   kami tak berasa selesa pada apa yang kami lakukan.

 

16)  Saya  :  Kau ketuk guna apa ?

        Kj  :   mudah je…kami niat je trus jadi ketuk.

 

17)  Saya  :  Ada orang panggil jin masuk ke badan seseorang dan

                     kemudian berdialog dengan jin tu melalui suara 

                     tuan punya badan itu. Kau ke yang dipanggil tu ?

        Kj  :  bukan…tu salah satu geng aku.

 

18)  Saya  :  Jin dalam badan orang tu kata dia Saka dan 

                     sedang lapar. Betul ke ?

        Kj   :  manusia memang bodoh…mudah sangat percaya 

                 yang dia tak nampak tu.

 

19)  Saya  :  Lepas tu orang tu suruh jin tu pergi dan berjanji 

                     tidak ganggu orang kampung lagi. Betul ke geng

                     kau tu pergi dan tak kacau lagi ?

       Kj  :  kan aku dah cakap manusia ni bodoh…mudah percaya . 

                Geng aku tak pergi pun, dia duduk sebelah orang tu.

                Bukannya mereka nampak geng aku tu.

 

 Setelah berdialog, barulah ketua jin dan semua gengnya disumbat ke dalam PENJARA KHAS. InsyaaAllah, mereka takkan   terlepas kerana sentiasa dipantau.  

 

Alhamdulillah !   Allah Akbar  !

 

Semua jin yang buat ketuk-ketuk tu telah ditangkap. Siri kedua.

Daripada dialog tu sangat jelas . Jin-jin tu bukan Saka orang, bukan dihantar orang dan bukan dari ilmu hitam. Tapi Dajjal yang hantar. Sekarang sudah akhir zaman, akan banyak gangguan dari jin-jin.


Jika anda takut, itu yang lebih disukai oleh jin-jin.

Kita tak perlu takut, doa sungguh-sungguh pada Allah. Minta pertolongan Allah dan yakin Allah sahaja yang boleh melindungi kita. Doa selalu. Doa dalam Bahasa melayu pun boleh. Setiap masa mohon pertolongan dari Allah. Bukan lepas solat je, tapi setiap masa doa...dalam hati pun boleh doa.  Bukan minta perlindungan daripada apa-apa ayat atau benda. Tapi, mintalah perlindungan daripada Allah terus. InsyaaAllah , Allah akan tolong kita..

                              # ALLAH  KAN  ADA .


** Sekiranya ada berlaku lagi seperti ketuk misteri ini, segeralah beritahu kepada saya melalui wasap. InsyaaAllah, saya sedia membantu...kerana Allah.

012 - 6903669

 


Saturday, November 21, 2020

 

                                                              INILAH  KAMI !



 

SAYA  ( SA'AD BIN JA'AFAR ) -->   Baju biru cerah


RAKAN SAYA ( MOHD AZIM BIN ADAM ) --> Baju biru gelap (bermisai )



Sesungguhnya ilmu Allah itu sangatlah luas !

KETUKAN MISTERI DI SABAK BERNAM , SELANGOR.

 



Saya dapat tahu cerita  diatas setelah terbaca post rakan facebook pd 20 November 2020 iaitu selepas Maghrib. Maka malam tu juga saya dan sahabat saya menyiasat kes ini.

Dengan cara kami, dari jauh sahaja kami menangkap jin-jin yang menganggu itu.

 

Dengan mengetahui tempat-tempat yg telah diganggu jin/hantu itu, ini amat memudahkan kami untuk menangkap jin-jin itu.

 

Kami menangkap ketua jin itu dahulu. Untuk menangkap ketua jin itu, kami pantau dari jauh dulu. Apabila kami sudah rasa sesuai baru la kami terus menangkapnya dari jauh tanpa ia sedari. Apabila ketua jin sudah ditangkap, maka amat mudah untuk menangkap kesemua geng-gengnya. Walaupun gengnya dah berterabur cabut lari, tapi kami sudah mengepung dari awal lagi. Ini memudahkan kami menangkap kesemua geng-gengnya.

 Ketuanya berupa PONTIANAK. Sebenarnya jin-jin ini boleh menyerupai apa shj. Geng-gengnya berupa macam-macam, ada yg berupa Pontianak juga, ada yg spt binatang, pocong dan pelbagai rupa yg menyeramkan.

Setelah menangkap dan mengikat jin-jin itu dan belasah kesemua jin-jin itu, kami tumpu pd ketuanya pula.

Setelah belasah cukup-cukup ketuanya itu , dan ia menjadi lemah dan tak mampu lawan, barulah kami soal siasat  Ketua Jin itu.

Kami ada cara untuk mengenalpasti samada cakapnya itu benar atau bohong. Sebab itu perlu dibelasah secukupnya, supaya mudah dapat maklumat yang benar.

 

MAKLUMAT MENGENAI JIN-JIN ITU

 

1)  Rupa ketua jin :  pontianak

2)  Ditgkp dimana : kebetulan ia berada di

                                 Kg. Tebuk Pulai

3)  Agama ketua :   tiada

4)  Umur ketua :     28 juta tahun

5)  Jumlah gengnya :  27 juta ekor

6)  Jin2 ni dtg dari mana:  Dari tmpt jauh



Dialog dgn Ketua Jin ( kj ) yg menganggu itu :

 

1)  Saya  :    kau ke yg ganggu org disini ?

      Kj  :  Ye…kenapa

 

2)  Saya  :   Yg ketuk2 tu...kau dan geng2 kau ke  ?

      Kj   : Ye…. Kami semua lakukan (seolah-olah bangga). Kami 

               suka menakut-nakutkan manusia. Tu belum lagi

               tunjukkan diri kami dengan jelas tu.

 

3)  Saya  :  selain ketuk-ketuk.....apa lg kau semua buat ?

      Kj  :  Rosakkan tanaman..….Binatang  ternakan, peliharaan 

               juga ketakutan.

 

4)  Saya  :   tanaman tu ...kau rosakkan macamana ?

      Kj  :  zat-zat  pada tanaman itu kami sedut …maka pokok-pokok

               tu akan hilang suburnya.

 

5)  Saya  :   kau buat pd pokok-pokok padi shj atau semua pokok ?

      Kj  :   Pokok-pokok yg di makan manusia atau pokok-pokok yg 

                di gunakan manusia.

 

6)  Saya  :   seblum kau semua dtg ke sini...kau smua berada 

                   dimana atau datang dari mana  ?

      kj  :   dari sebuah hutan yg gelap….jauh dari sini….  jangkaan 

               kiraan manusia lebih kurang  119 km dari sini.

 

 7)  Saya  :  Siapa yg suruh kau dtg ke sini ?

       Kj  :  Tiada siapa yg arah.. kami hanya ikut naluri kami.. 

               dimana ikut hati.. Di situ kami berhenti.

 

 8)  Saya  :   Masa kau smpai di kwsn ni...disini ada tak jin-jin lain ?

       Kj  :    Ada…. bnyak... tapi mereka tak menegur kami.

 

 9)  Saya  :   Kau tak brgaduh dgn mereka ?

        Kj  :  Ye pasti bergaduh, tapi hanya jin tak kuat je kami dekati.

 

10)  Saya  :   Adakah sekelip mata je kau dh smpai sini ?

        Kj :   pd perkiraan waktu manusia.. pergerakan kami hanya

                 dalam  2 hingga 3 detik  ( 2-3 saat ) shj.

 

 11)  Saya  :   Ada manusia kata mereka pindahkan jin dari suatu

                      tempat ke tempat lain dengan menggunakan bas. 

                      Apa pendapat ko ?

         kj  :   manusia memang bodoh….mudah kena tipu….kami 

                   tak perlukan  kenderaan macam manusia. Pergerakan 

                   kami lagi cepat.

 

 12)  Saya  :  Jika kau semua  tak ditangkap hari ni...agak-agak kau

                     nak duduk dikawasan ni berapa lama ?

         kj  :   bergantung  pada  kejayaan kami.

 

  13)  Saya  :   Maksudnya ...jika dah berjaya,  baru kau pindah 

                       ke kawasan lain ?

          Kj  :   semakin besar kejayaan kami,  semakin cepat

                    kami beredar.

 

 

 

Selepas mendapat jawapan dari jawapan itu, kami masukkan kesemua geng jin itu ke dalam PENJARA KHAS ( bukan dalam botol mcm org lain ye ).

InsyaaAllah, jin-jin itu takkan dapat melepaskan diri dan tak dapat ganggu lagi manusia.

 

Diharapkan penduduk di kawasan Sg. Besar ini jangan risau lagi. Hantu/jin itu sudah ditangkap. 

ALHAMDULILLAH !

ALLAH AKBAR  !

SESUNGGUHNYA ILMU ALLAH SANGATLAH LUAS !


Thursday, January 2, 2020

API MISTERI DI KG. PENAMBANG, KELANTAN.




Saya dapat tahu kisah api misteri ni apabila diberitahu oleh rakan dalam facebook. Saya tonton video yang  dilaporkan oleh wartawan sinar Harian.
Apabila nampak Fatihah dalam video tu, maka baru saya teringat bahawa saya pernah pergi melawat ke tempat rumah beliau yang terbakar tu bersama team saya pada tahun 2017. Team kami telah menangkap jin-jin yang menyebabkan api misteri pada masa tu. Dan kami berdialog dengan ketua jin tu secara live dihadapan Fatehah dan ahli keluarganya, juga disaksikan sendiri oleh wartawan Utusan.

Punca api misteri pada masa tu adalah terdiri dari DUA puak iaitu puak Saka dan Puak dari tapak rumah yang terbakar tu. Selepas habis sesi dialog itu, kesemua jin itu telah saya kurung dalam penjara khas. InsyaaAllah mereka tidak mampu untuk melepaskan diri kerana sentiasa dipantau.

Selepas beberapa hari kemudian, berlaku lagi kebakaran dirumah itu. Apabila saya dapat tahu, terus saya siasat dari jauh dan saya tangkap lagi. Setelah disiasat, saya dapati bahawa jin-jin itu adalah jin baru datang dan ia datang dari salah seorang bomoh yang datang ke rumah itu. Bomoh itu telah buat ‘ pagar ‘kononnya untuk hindar dari jin-jin. Tapi, ‘ pagar ‘ itulah lagi memanggil jin datang.
Saya telah maklumkan kepada salah seorang sedara keluarga itu akan hal yang sebenar dan saya nasihatkan agar jangan benarkan mana-mana bomoh untuk buat sesuatu ‘pagar’ dirumah itu lagi. Selepas itu, cerita api misteri itu terus senyap. 

Dan berlaku lagi sekarang ini, tetapi dirumah lain pula  DISEMBER 2019.
Setelah tangkap jin-jin itu, dengan cara kami, kami belasah cukup-cukup jin-jin itu dan ketua jin itu lagi teruk dibelasah. Selepas itu barulah kami soal siasat  ketua jin itu. Setelah disoal siasat, ketua jin dan semua gengnya kami sumbatkan dalam penjara khas
(bukan dalam botol ye) agar mereka tidak dapat menganggu manusia lagi.


Maklumat  Jin :

1)  Rupa ketua jin :                    Pontianak
2)  Ditgkp dimana :                    di hati Fatehah
3)  Agama ketua :                       tiada
4)  Umur ketua :                         13 juta tahun
5)  Jumlah gengnya :                 11 juta ekor
6)  Jin2 ni dtg dari mana:          Tanah tapak rumah sekarang
7)  % racun yg ditabur oleh jin ke dlm bdn :       38% pd seluruh penghuni
8)  Brp ekor dlm bdn  Fatehah:       3 juta ekor 



DIALOG  dengan KETUA JIN ( Kj ) :


  1) Saya  :   Kau dah berapa lama tinggal di tanah tapak rumah tu ?
           Kj    :       7 tahun

  2) Saya   :  Kau dan geng ke yang buat api tu ?
           Kj        :   Ye

  3) Saya   :  Kenapa kau buat api tu ?
           Kj        :  kami suka dgn kehangatannya.

  4) Saya   :   Sebelum ni kau pernah buat api tak untuk ganggu
                     manusia ?
           Kj        :    Ye….banyak tmpat yg kami buat.

  5) Saya   :   Maksudnya kau pernah buat api dirumah orang lain ?
           Kj         :   Ye

  6) Saya    :   Ada tak puak jin lain yang buat api macam kau buat  ?
           Kj         :   Ada juga tapi kami tak campuri urusan mereka.

  7) Saya  :   Kenapa kau duduk dalam badan Fatehah ? kenapa tak 
                    duduk dalam badan orang lain dalam rumah tu ?
            Kj        :     dia sesuai dgn kami

  8) Saya    :  Kenapa dia sesuai dengan kau ?
            Kj        :    lihat pd seluruhnya...lemahnya dia ni.

  9) Saya   :  Adakah ahli keluarganya yang lain tak sesuai dengan
                    kau ?
            Kj         :    sesuai juga,  tapi Fatehah kami lebih suka.

 10) Saya    :  Maksud kau, si Fateha ni paling lemah dalam 
                      keluarganya ?
            Kj          :    Benar

 11) Saya    :   Berapa ekor geng kau dalam badan setiap ahli 
                       keluarganya  ?
            Kj        :   setiap badan ahli keluarga ni ada  1 juta ekor geng
                            aku. Hanya Fatehah shj dalam badannya ada 
                            3 juta ekor geng aku.

  12) Saya   :   Fatehah kata kadang-kadang dalam makanannya 
                       ada  jarum dan susah untuk dia makan. Itu
                       kau punya angkara ke ?
            Kj          :  Ye

  13) Saya   :   Ahli keluarganya yang lain kau ada buat macam 
                       tu tak ?
            Kj          :   Tidak

  14) Saya   :   Kenapa kau buat begitu hanya pada Fatehah shj ?
            Kj         :   rasa seronok buat begini

  15) Saya   :   Kau nak buat dia sampai jadi macamana ?
           Kj          :    jadi mcm skrg lah, macam gila.

  16) Saya  :  Oooo...kau nak buat dia jadi gila ?
           Kj          :    Ye...manusia kalau gila, jadi mcm kami.


  17) Saya   :  Jadi, kau dan geng kau semua ni memang gila la ye ?
           Kj             : tak...kami tak gila mcm tu...


18) Saya  : abih tu..gila macamana ?
           Kj         :  ada kalanya manusia ni gila akan bersifat spt 
                           kami….contohnya seperti  menjerit..
                           memanggil...berlari.

 19) Saya    :   Kau ke yang tulis didinding tu ?
           Kj          :   geng aku yang buat.

  20) Saya   :   Apa tujuan geng kau tulis didinding tu ?
           Kj         :   Apabila mereka dah gembira...mereka buat 
                            apa saja.

  21) Saya   :    Adakah tujuan untuk takut-takutkan lagi ?
           Kj         :     ye...itu pun benar juga.

  22) Saya   :   Berapa ekor geng kau yg duduk dalam rumah tu ?
           Kj         :     3 juta ekor dlm rumah

  23) Saya   :    Yang diluar rumah pulak ?
           Kj         :     3 juta ekor

 24) Saya    :   Selebihnya berada dimana ?
           Kj         :      Dlm tubuh badan mereka

  25) Saya   :   Kau semua tak terkesan ke jika mereka solat, 
                       zikir, doa ?
           Kj          : terasa juga sikit…...tapi tak jadi apa-apa pd kami.

  26) Saya    :   Ramai perawat yg datang ke rumah tu untuk
                        membantu halau kau semua.
                        Mereka berjaya ke halau kau semua ?
            Kj         :   tak berjaya pun…..mereka tak mampu halau..


  27) Saya    :    Mereka baca berbagai ayat rukyah dan zikir. 
                         Adakah ini tak beri kesan kepada kau semua ?
            Kj           :    manusia memang bodoh. Semua yang dibaca tu
                                bukannya ada kuasa.

  28) Saya    :   Ada diantara mereka tabur sesuatu keliling rumah tu 
                        dengan alasan pagar rumah. Apa jadi pada kau 
                        semua ?
            Kj          :    kan aku dah cakap…manusia tu bodoh….
                              kami tak jadi apa-apa
                              pun...malah kami gembira…..kami bersorak

  29) Saya    :   Kenapa kau semua gembira ?
             Kj        :  Yang  pastinya tak jadi apa-apa pd kami . 
                             Mereka tak tahu apa yg mereka lakukan…
                             sebab mereka tak Nampak. Bodoh mereka tu.

  30) Saya   :    Adakah dengan buat  ' pagar ' tu, kau semua 
                        gembira ?
             Kj        :    Memanglah… tu semua menjadi hiburan kpd kami
                              dan mereka memberi  perangsang kpd kami.

  31) Saya   :   Kenapa jadi perangsang kpd kau semua ?
            Kj         :   Dengan membuat pekerjaan bodoh tu dan  
                             tidak jadi apa-apa pada kami....
                             lagi kami teruja untuk terus ganggu.

 32) Saya     :    Kau dan geng pernah tak  tunjukkan diri kpd 
                          ahli keluarga ini ?
            Kj          :    Ada...tapi bukan dgn wajah sebenar kami...hanya
                               sesuatu yg mereka tak sedari.

  33) Saya    :    Kau tunjuk dalam bentuk apa ?
            Kj         :    Apabila mereka balik malam...kegelapan
                             (lebih gelap dari biasa)..itulah kami.
                              Bila mereka rasa kepanasan...itulah kami juga.



 Sebagai nasihat saya kepada keluarga ini dan juga kepada semua orang,  jangan benarkan sesiapa pun buat 'pagar' atau tabur sesuatu keliling rumah atau pada rumah. Kerana ia akan seperti memanggil jin datang. Orang yang buat tu memang tak tahu apa berlaku. Bagi kami yang Allah beri sedikit ilmu ini, kami nampak kesan bahaya buat 'pagar' tu dan tabur sesuatu keliling rumah tu.

Cara yang betul untuk  melindungi diri dan keluarga dan rumah ialah DOA TERUS KEPADA ALLAH.  Lebih selamat dan meyakinkan.

                       ALHAMDULILLAH ......  ALLAH  AKBAR !